Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu Diterjemahkan oleh G. Soosai |
Bab 61. Bahaya Kemalasan
|
|
601.
|
Cahaya abadi zuriat padam
Andai badai kecualasan
ancam
|
602.
|
Hindarkan keculasan demi
kulawangsa
Wujudkan dasar murni
sempurna
|
603.
|
Kemalasan semangat sekejam
pembunuh
Keturunan binasa tidak
tertumbuh
|
604.
|
Terbenam kemalasan
hancurlah kewajipan
Kulawangsa termusnah dek
kedurjanaan
|
605.
|
Sifat-sifat penangguhan, pelupaan,
kemalasan
Serta kelenaan alat
kemusnahaan.
|
606.
|
Pemalas tidak makmur
bahagia
Walau mendapat anugerah
baginda
|
607.
|
Pemalas sering mencuaikan
kewajipan
Sering diumpat celaan
cacian
|
608.
|
Andainnya kemalasan
berlindungan keluarga
Musuh berdaya berlenggukan
segera
|
609.
|
Kesialan keluarga segera
reda
Andai kemalasan tersingkir
belaka
|
610.
|
Baginda tidak kenal
kemalasan
Tahluk Trivikarama baginda
kemakmuran
|
Bab 62.
Ketukunan Berusaha
|
|
611.
|
Jangan tolak sebarang usaha
Ketekunan membekalkan
segala tenaga
|
612.
|
Jangan lalaikan usaha
terbengkalai
Dunia tidak memperdulikan
pahala
|
613.
|
Berbakti bukti berjiwa
besar
Tidak berunduri segala
ikhtiar
|
614.
|
Kemurahan hati pemalas
rangkang
Seibarat tiang tenaga
kebaktian
|
615.
|
Sudi berjasa mencintai
kewajipan
Seibarat sida berpendang
menentang
|
616.
|
Kerajinan sumber segala
kemewahan
Kemalasan Cuma membawa
kepapaan
|
617.
|
Dewi Derita bersemayam
kemalasan
Dewi Serojo penjelmaan
ketekunaan
|
618.
|
Tidak bertuah bukan
kecemaran
Menjauhi ketekunan berusaha
kehinaan
|
619.
|
Kismat dosa menggendalakan
kerezekian
Kerajinan membayar upah
ketekunan
|
620.
|
Berusaha terus tanap
kekecewaan
Menghalang menggentarkan
segala rintangan
|
Bab 63. Kesebaran Teguh
|
|
621.
|
Bencana menimpa menyambut
gembira
Senyuman mengatasi segala
derita
|
622.
|
Malapetaka melaut tenang
sendiri
Andai tetap gagah
menghadapi
|
623.
|
Tidak menyesal tatkala
menderita
Deritaan sendiri akan
menderita
|
624.
|
Kerabu merenggut urat
menarik
Berusaha kerana rintangan
gigik
|
625.
|
Tertimpa bencana tidak
kecewa
Bencana sendiri menghadapi
bencana
|
626.
|
Tuah menjelang tidak
berhati
Masa meleset makan hati
|
627.
|
Badan sasaran penderitaan
semata
Jangan khuatiri menghadapi
bencana
|
628.
|
Nan tidak mencintai
kenikmatan
Tidak merasa pedih
kegagalan
|
629.
|
Tidak termegah kejayaan
lumayan
Tidak merasa duka kegagalan
|
630.
|
Anggap penderitaan
kegembiraan hakiki
Dapat kepujian musuh
sendiri
|
Bab 64. Kementerian Negara
|
|
631.
|
Bertimbang saksama
merancangkan teliti
Paling sesuai menjadi
menteri
|
632.
|
Pancarukan menteri ilmu
ketabahan
Serta ketekunan, perhatian,
kebajikan
|
633.
|
Keterasan menteri pemecahan
rana
Memelihara persahabatan
bertimbang rasa
|
634.
|
Pertimbangan saksama
kebijakan mengurusi
Serta kepastian pedoman
menteri
|
635.
|
Kemahiran ilmu, kepitahan
lidah
Serta kewaspadaan menteri
megah
|
636.
|
Pengetahuan kitab unsur
gawa
Bertambah dengan alam semesta
|
637.
|
Sumber ilmiah teras pengetahuan
Berkesan lagi kebijaksanaan pengalaman
|
638.
|
Sumber
ilmiah teras pengetahuan
Berkesan lagi kebijaksanaan pengalaman
|
639.
|
Menteri durhaka
merancangkan keruntuhan
Lebih berbahaya musuh reganjutaan
|
640.
|
Tiada ketegasan
mengendalikan rancangan
Perlaksanaan bergoyang
tidak kesempurnaan
|
Bab 65. Kefasihan
|
|
641.
|
Rahmat lidah keanugerahan
megah
Sanjungan teragung paling
khanah
|
642.
|
Kebahagiaan kehancuran
kuasa lidah
Jagalah pertuturan agar
mubah
|
643.
|
Kefasihan mulia lembutkan
segala
Ucapan mukammal pada orang
mahajana
|
644.
|
Pertuturan tepat bernilai
tinggi
Kefasihan arif pasti
disanjungi
|
645.
|
Ucaplah ucapan kebalan isi
Tidak tersenyapkan atau
diteguri
|
646.
|
Budiman berbicara menguasai
segala
Tabiat terpuji muliawan
jumawa
|
647.
|
Pitah berbicara lambing
keberanian
Sukur tertewas dalam
perbahasan
|
648.
|
Pertuturan teratur rapi
bernas
Perolehi sambutan amat
lawas
|
649.
|
Andai tidak berucap sewajar
Bergemar menyuara kata
honar
|
650.
|
Kelemahan menyuara hujah
kagum
Bunga kembang tidak
berharum
|
Bab 66. Kesucian Perbuatan
|
|
651.
|
Persahabatan membawa
kejayaan sempurna
Kesucian perbuatan matlamat
sarwa
|
652.
|
Menjauhi perbuatan honar
kejaman
Utamakanlah kebaikan dan
kemuliaan
|
653.
|
Nan berhasrat mencapai
kejayaan
Jauhkan unsur menodai
kemuliaan
|
654.
|
Muliawan tetap
perpedomankan startegik
Hindarkan perbuatan hina
keji
|
655.
|
Elakkan perbuatan luar
pedoman
Andai tersempang berazam
keteguhan
|
656.
|
Elakkan sebarang kerja
celaan
Walau ibu menderita
kebuluran
|
657.
|
Kekayaan hasil cara kejam
Tidak seutama kepapaan
budiman
|
658.
|
Perbuatan pantang
kesusilaan taala
Berhiba walau berjaya
segala
|
659.
|
Kebendaan hasil airmata
cabul
Hasil keringat hilang
muncul
|
660.
|
Hasil kekayaan penipuan
ibarat
Air di kendi lalalat.
|
Bab 67. Kebolehan Pelaksanaan
|
|
661.
|
Keazaman berjuang kejayaan
keagungan
Keagungan lain tidak
setaraan
|
662.
|
Kehindaran bala serta
kewaspadaan
Dasar panduan arif budiman
|
663.
|
Rahsia rancangan jangan
suara
Andai terbuka gendala
menimpa
|
664.
|
Berkata sahaja memang mudah
Kotakan maksud amat gundah
|
665.
|
Tercapai kepujian pekerjaan
bijaksana
Perkhidmatan laksana
kedaulatan saujana
|
666.
|
Bercita murni citaan
keteguhan
Terkabul asalkan penuh
kesanggupan
|
667.
|
Hina rupa berdaya megah
Sekecul pasak roda gajah
|
668.
|
Membulatkan fikiran
bergoyang jangan
Uruskan cita-cita tanpa lengahan
|
669.
|
Walau menderita uruskan
kewajipan
Usahakan hingga tercapai
kejayaan
|
670.
|
Tidak kepastian walau
keagungan
Sukar mendapat sokongan
kesarwajagatan
|
Bab 68. Perlaksanaan
|
|
671.
|
Keberesan segala ketetapan
urusan
Jangan bertangguh-tangguh
pelaksanaan
|
672.
|
Tugas penting tindakan
segera
Nan lain kendalikan juga
|
673.
|
Teruskan usaha suasana
edaran
Andai terbantut sedikit
rintangan
|
674.
|
Tugas terbengkalai laksana
musuh
Ibarat api menyala rusuh
|
675.
|
Puncabenda wajib
kelengkapan alat
Serta musim, kepakaran
tempat
|
676.
|
Beriktihar menghadapi
segala rumitan
Lantas menguruskan dengan
ketelitian
|
677.
|
Pelajari rashiah seluk inti
Berapat dengan pakar mutaki
|
678.
|
Gunakan gajah menagkap
biram
Gunakan perusahaan mencapai
saham
|
679.
|
Lembutkan hati bersahabat
musuh
Jangan berbudi sahabat
seluruh
|
680.
|
Pelemah harus cuba
membebaskan
Apabila kesempatan
bergabunglah pahlawan
|
Bab 69. Duta
|
|
681.
|
Penyayang sikap berbudi
bahasa
Baginda kagum duta
berbangsa
|
682.
|
Tripetua kesetiaan,
pengertian, kepintaran
Teras keagungan unsur
kedutaan
|
683.
|
Duta pintar utusan baginda
Pendita di antara pendita
|
684.
|
Akal, pelajaran serta
peribadi
Unsur penting duta negeri
|
685.
|
Kejituan lafaz, kefasihan
bahasa
Duta manafaat kepada raja
|
686.
|
Ilmu, kegagahan, kefasihan,
yakin
Serta naluri duta salatin
|
687.
|
Nan perasaan tepat
bertanggungjawab
Duta tergung pengamal sawab
|
688.
|
Duta mulia tegas fikiran
Suci serta lambang
kegagahan
|
689.
|
Berfikiran tegas,
pertuturan senonoh
Duta layak baginda majoh
|
690.
|
Walau maut mengugut dahsyat
Duta bertanggungjawab
meneruskan syarat
|
Bab 70. Pengadapan Baginda
|
|
691.
|
Mengadap baginda unggun api
Tidak rapat, tidak jauhi
|
692.
|
Jangan berhasrat sehasrat
baginda
Kesayangan baginda menambah
jasa
|
693.
|
Kemurkaan baginda kecacatan
cela
Sukar mengikis kecurigaan
bahaya
|
694.
|
Jangan berbisikdengan
muliawan
Jangan tersenyum mesra
berhampiran
|
695.
|
Kedengaranjangan memancing
pekara
Apabila sampaikan dengarlah
rahsia
|
696.
|
Pehitungan pembawaan
baginda teliti
Tuturkata manis raja
menikmati
|
697.
|
Berucap beradap mengadap
baginda
Jangan sekali-kali
malampaukan kata
|
698.
|
Berkeluarga atau usia muda
Kemuliaan baginda takzim
juga
|
699.
|
Nan peribadian tegak mulia
Tidak keraguan kesayangan
baginda
|
700.
|
Bergantung mesra kekariban
baginda
Melakukan jua amalan hina
|
No comments:
Post a Comment