Tuesday, 1 June 2010

bab 11-20



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 11. Kesyukuran


101.
Berkhidmat tanpa harapan budi
Kayangan serta dunia berbakti.


102.
Budi kecil waktu kecemasan
Memang terbesar bak kesarwajagatan.


103.
Budi murni bak jasa
Ternilai lebih dari daya.


104.
Budi diberi sekecil serai
Laksana Palmira tidak derail.


105.
Kesyukuran tidak sebanyak bantuan
Darjat kemulian padat ukuran.


106.
Lupakan jangan persahabatan muiliawan
Ketepikan jangan perhubungan dermawan.


107.
Kenangkan penjasa dengan kesyukuran
Sehingga saptajelma lupakan jangan.


108.
Melupakan budi nescaya kehinaan
Andai terluka lupakan kesegaran.


109.
Luka paling pedih dimaafkan
Andai budi lama dikenang


110.
Ada penebusan untuk sedosa
Nan lupakan budi, tiada.


Bab 12. Ketulusan Hati


111.
Serbaan hidup sopan santum
Perlu kesaksamaan teliti tersusun.


112.
Harta orang adil berkembangan
Zuriatnya pasti mewah lumayan.


113.
Tanpa tulus harta dating
Tamak jangan serung sangkang.


114.
Ketara berbudi atau tidak
Dikenali jelas melaui anak.


115.
Baik buruk kelaziman duniawi
Ketulusan hati keagungan berbudi.


116.
Andai terpesung hati berjahat
Hancuruan diri pasti dahsyat.


117.
Insan jujur ditimpa kemiskinan
Tidak dihina dek budiman


118.
Laksana neraca timbang saksama
Kemuliaan budiman amalan setia.


119.
Ucapan tulus berdasakan pedoman
Tidak tergelincir dari kebenaran.


120.
Saudagar berdagang secara saksama
Perniagaanya pasti meluas jaya.


Bab 13. Penguasaan Diri Sendiri


121.
Penguasaan diri serta dewa
Andai tidak kedukaan sarwa.


122.
Penguasaan diri khazanah penting
Rahmat mulia pasti mengunjungi.


123.
Teguh menguasai diri murni
Rahmat mulia pasti mengunjungi.


124.
Berjaya mengatasi nafsu rodonf\g
Diri tergagah daripada gunung.


125.
Keredahan diri keindahan insan
Pada si kaya memancar gemeriapan


126.
Menahan panca indera laksana kura-kura
Khazah lumayan sehingga saptajelma.


127.
Kendalilah lidah nan lincah
Terlanjur kata duka tersegah


128.
Walau sepatah melukakan rasa
Sekebajikan hilang begitu sahaja.


129.
Kulit dilecuri api sembuh
Lecuran lidah meroyak seluruh


130.
Kebijaksanaan serta penguasaan diri
Kebenaran berumahan menjengah serbi.


Bab 14. Kesucian Kelakuan


131.
Insan suci dimuliai manusia
Tabiat murni termegah nyawa.


132.
Kelakuan murni amalan tegak
Sahabat terteguah ana baik


133.
Penghidupan murni kekeluargaan kesucian
Kelakuan rendah nescaya kehinaan.


134.
Terlupa wedam boleh dipelajari
Terkeluar daripada kesucian tercemari


135.
Kemewahan terjauhi nan beririhatian
Buruk kelakuan tidak kemuliaan.


136.
Teguh fikiran kelakuan murni
Andai terpesong kehinaan tergelincir.


137.
Baik kelakuan dihormati insani
Tanpanya menimpa kehinaan keji.


138.
Kelakuan murni peneyemaian kemewahan
Kelakuan buruk sumber kecelakaan.


139.
Budiman tidakkan terluncuran kata
Walau sewaktu kealpaan semata.


140.
Kejahilan mematuhi resaman dunia
Terdaya tidak menyesuaikan zabia.


Bab 15.


141.
Muliawan berpedomankan sawab barang
Tidakkan terniat isteri orang.


142.
Dungu benar tersingkir kemuliaan
Mengganggu rumah-tangga orang lain.


143.
Mendurhaka suami tidak mencurigai
Sahabat hina mayat merupai.


144.
Muliawan melakukan zina terkutukl
Betapa malu martabat buruk.


145.
Bergayut isteri tetangga terpedaya
Namanya ternoda berlanjutan masa.


146.
Penzina bergelumang empat perkara
Benci, takut, malu, dosa.


147.
Sucilah muliawan tidak terpikat
Kejelitaan isteri kewalian semata.


148.
Berjiwa tinggi tiada berzina
Tersuci sifat-sifat kewalian semata.


149.
Siapatah layak dianugerahi naung
Nan menghormati isteri orang.


150.
Walau terlibat segala dosa
Jauhilah daripada dosa zina.


Bab 16. Kesabaran


151.
Walau mengorek bumi menyokong
Sikap pengampunan kebeseran agung.


152.
Maafkanlan dosa walau dahsyat
Melupakannya langsung syarat ghairat.


153.
Kengganan menerima tamu kehinaan
Sikap paling kemiskinan kebodohan.


154.
Inginkan mertabat besar seringkala
Sifat memaafkan kesilpan utama.


155.
Membalas penjahat tidak saksama
Memaafkan seteru terpuji sekencana.


156.
Kegembiraan berdendam hanya sehari
Bersedia memaafkan pahala bahari.


157.
Lupakan keanjayaan penjahat sergam
Jauhi nafsu membalas dendam.


158.
Keangkuhan penjahat tidak berperkemanusiaan
Tawanilah dengan kebesaran pengampunan.


159.
Sabar mendengar bidasan pendusta
Lebin aulia daripada pertapa.


160.
Puasa mertabat menebus dosa
Memaafkan penfitnah lebih pahala.


Bab 17. Ketidaan Iri Hati


161.
Kebebasan dari rasa cemburu
Hati bersawab laksana guru.


162.
Andai terbebas perasaan cemburu
Rahmat agung tidak berlalu.


163.
Cemburu akan kemewahan jiran
Sekan cemburu diri padan.


164.
Perasaan dengki unsure hina
Perasaan keji lahirkan celaka.


165.
Kecelakaan besar beriri hati
Perasaan cemburu menjahanamkan diri.


166.
Keluarga bercemburu apabila bersedekah
Pasti mengemis lenyap musnah.


167.
Andai dengki Laksymi murka
Kakaknya dahsyat ditimpa bencan.


168.
Dengki bangsat membawa derita
Menyeret ke gerbang neraka.


169.
Kemewahan pendengki hanya penderitaan
Ketiaadaan iri hati mengajaibkan.


170.
Dengki tidak membawa kemewahan
Bermurahan tidak membawa kepapaan.


Bab 18. Ketiaadaan Perasaan Loba


171.
Berbarat harta orang berdosa
Kejahatam bertambah keluarga binasa.


172.
Nan bersuci perasaan loba
Murni dari kejahatan hina.


173.
Andai memelihara kegembiraan insan
Tidak terdorong kepada kejahatan.


174.
Terkuasai paincaindera pemandangan berluasan
Tindakan sekali-kali dalam kekurangan.


175.
Mustahil akal halus bobrok
Dinoda rasa tamak buruk.


176.
Walau mengejar anugerah sepadat
Termusnah andai rancangan jahat.


177.
Menghasratkan harta hasil ketamakan
Hasil kepahitan tidak kenikmatan.


178.
Harta diri tidak bersusutan
Inginkan jangan harta jiran.


179.
Beradilan tanpa perasa loba
Laksyimi menganugerah tuah selama-lama


180.
Bertamak harta kemusnahan padah
Tidak inginkan langsung gagah.


Bab 19. Elakkan Perbuatan Loba


181.
Walau berjahatan gemar berfitnahan
Agunglah insan tidak berhasutan.


182.
Buruklah berkelakuan kegiatan bangkang
Hadapan bersenyum, mencela belakang.


183.
Hidup berdusta menfitnahi insan
Telatah buruk padatlah kematian.


184.
Berfitnah jangan di belakang
Walau di hadapan terbangkang.


185.
Lidah harus jujur semata
Lidahg memfitnah, hati terpedaya.


186.
Kelemahan diri memburukkan orang
Terdedah segala nan usang.


187.
Suka memfitnah kekurangan kawan
Rakan lama jauhi kebencian.


188.
Menghebahkan kelemahan rakan sendiri
Bagaimanatah kesalahan musuh dimaafi?


189.
Manusia suka memfitnahbelakang
Bumi dengan berat menanggung.


190.
Meninjau kesalahan diri teliti
Kejahatan tidak dating menghampiri.


Bab 20. Bencana Kata Sia-Sia


191.
Andai percekapan sombong ragang
Pasti benar dibenci orang.


192.
Kata-kata sombong dilafaz keliaran
Terburuk daripada manyakiti kawan.


193.
Andai membesar-besarkan kata kosong
Terisytiharkan sendiri keperibadian omong.


194.
Bercakap sombong bencana padah
Mertabat diri tersingkir layah.


195.
Penjasa hilang kemuliaan agung
Andai mereka bercakap bohong.


196.
Insan bercakap kosong sesia
Di anggap bak sekam manusai.


197.
Cendikiawan mengeluarkan bidasan sewajar
Tetapi hindarkan percakapan honar.


198.
Pemikiran cendikiawan mengatasi masalah
Tidak mengucapkan kata-kata sekah.


199.
Muliawan waras terkawal ucapan
Biar pun kerana kekilauan.


200.
Ucapkan sahaja kata-kata berharga
Elakkan kata-kata sombong sesia.

No comments:

Post a Comment