Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu Diterjemahkan oleh G. Soosai |
Bab 1. Doa
Sealamat
|
|
1.
|
Alif huruf utama bahasa
Tuhan Esa utama buana.
|
2.
|
Apatah faedah pelajar
budiman
Kalau ketepikan petua
Tuhan.
|
3.
|
Sembahlah insane murni
Illahi
Nikmati inti puspa murni.
|
4.
|
Kalau sentiasa berdoa Esa
Malapetaka tidak akan
menimpa.
|
5.
|
Sesiapa yang bersembah
setia
Tidak ditimpa marabahaya.
|
6.
|
Elakkan kenikmatan lazat
pancaindera
Hidup lama berpedomankan
petua.
|
7.
|
Sebatian dengan Maha Kuasa
Terdaya pula singkirkan
malapetaka.
|
8.
|
Tuhan merupakan segala dana
Segala-gala keanugerahan
Tuhan Esa.
|
9.
|
Sembahlah Tuhan bersakti astakona
Insan pancaindera tunduklah
kepala.
|
10.
|
Insan warak sebatian petua
Bersampat menempuh cabaran
buana.
|
Bab 2. Kemulian Hujan
|
|
11.
|
Demi hujan bumi subur
Nescaya hujan amrita mulur.
|
12.
|
Segala makanan sumbangan
hujan
Hujan juga makanan insane.
|
13.
|
Tanpa hujan kebuluran
menimpa
Walau wilayah dilingkungi
samudera.
|
14.
|
Petani tidak membajak sawah
Andai hujan tidak mencurah.
|
15.
|
Tiada hujan wujud
kesengsaraan
Ada hujan wujudlah
kesejahteraan.
|
16.
|
Rumput terhenti bertumbuh
suburban
Andai mega tidak berhujan.
|
17.
|
Langit menyedut air
samudera
Andai tidak tercemar darya.
|
18.
|
Andai langit kekeringan
dahsyat
Upacara puja dewa tertamat.
|
19.
|
Kebajikan, pertapaan tidak
kekal
Andai langit tidak bekal.
|
20.
|
Tanpa air bumi hampa
Hujanlah punca segala
pahala.
|
Bab 3. Keagungan
Penlokan Buana
|
|
21.
|
Manusia berpedomankan
tatatertib suci
Kutub suci menjulang
tinggi.
|
22.
|
Mengukurkan keagungan
manusia bertapa
Laksana menghitung mendiang
segala.
|
23.
|
Menimbang hidup
menyingkirkan dunia
Keagungan mereka
berseri-seri buana.
|
24.
|
Menguasai pancaindera
laksana angkusa
Benih mujizat lading
syurga.
|
25.
|
Nan bergagah menguasai
pancaindera
Laksana Indra raja sedewa.
|
26.
|
Nan beragung membereskan
sukar
Nan lemah tidaklah sandar.
|
27.
|
Muliawan menghargai
pancaindera, peraba
Penglihatan, bunyi, bau,
citarasa.
|
28.
|
Muliawan aulia sanjungan
kesarwajagatan
Kutub suci mangakul kemuliaan.
|
29.
|
Kemurkaan muliawan puncak
jabal
Walau sedetik sukar
mufasal.
|
30.
|
Brahman harus manusia
bernasan
Kerana menyayangi semua
kehidupan.
|
Bab 4. Kemuliaan
Kebenaran
|
|
31.
|
Kebenaran punca kesyurgaan
kekayaan
Unsur kebenaran keutamaan
kesegalan.
|
32.
|
Kebenaraniah teras segala
keutamaan
Malang benar melupakan
kebenaran.
|
33.
|
Sering berbakti tanpa reda
Amalkan jasa secara gesa.
|
34.
|
Suci hati firman kebenaran
Segala lain bukan manan.
|
35.
|
Cemburu, tamak, marah,
biadap
Unsur menghalang perolehan
sawab.
|
36.
|
Amalkan Bakti tanpa tangguh
Kebenaraniah teman hayat
seluruh.
|
37.
|
Pembawa pelangki serta
penumpang
Tidak kesedari kelintian
julang.
|
38.
|
Berbakti tanpa membazirkan
masa
Penjelmaan hidup teras
jumantara.
|
39.
|
Kerajaan jati terus
kesucian
Nikmat lain keabaikan
kesedinan.
|
40.
|
Amalan berdasarkansawab
bernilai
Amalan tercela harus
disangsai.
|
Bab 5. Penghidupan
Kekeluargaan
|
|
41.
|
Ketua keluarga pelindung
utama
Bagi pengamal trihidup
petua.
|
42.
|
Pemimpin kerabat-syarik
Pitri
Serta risyi nirwana murni.
|
43.
|
Ketua berwajipan
pancapetua, kedanaan
Persembahan kesapaan,
bantuan pemeliharaan
|
44.
|
Makanan bahagi-bahagikan
terus utama
Amalan terpuji lagi kurnia.
|
45.
|
Cinta murni lambing pahala
Sawab rumahtangga adalah
sempurna.
|
46.
|
Tugas lengkap demi keluarga
Adalah jasa bakti segala.
|
47.
|
Keselamtan agung
kekeluargaan jujur
Sempurnakan segala
kewajipan mulur.
|
48.
|
Ketua menuaikan ikrar
fardhu
Adalah Wali sanjungan
sadhu.
|
49.
|
Sawab hak khusus utama
Berharumlah kekeluargaan
dengan sara
|
50.
|
Ketua keluarga lambing
kesempurnaan
Laksana dewa sebatian insan
|
Bab 6. Kebahagian
Isteri Juita
|
|
51.
|
Isteri juita berjimat
Mengurusi Teman terbaik
kepada suami.
|
52.
|
Segala rahmat sesia belaka
Andai isteri menyimpang
jasa.
|
53.
|
Isteri berharga segala
kelengkapan
Isteri curang segala
kehampaan.
|
54.
|
Wanita mulia terkukuh
maruah
Wanita termegah tanpa
mutazilah.
|
55.
|
Isteri berbakti memuja
suami
Menerintah awan hujan
mencucri.
|
56.
|
Isteri murni memelihara
maruah
Mertabat keharuman suami
hubah.
|
57.
|
Pengurungan rapi tidak
berguna
Pertarakan pengawai terbaik
wanita.
|
58.
|
Isteri melahirkan anak
dewasa
Tinggi terdaya semegah
singa.
|
59.
|
Suami tidak beristeri juita
Tidak terdaya semegah
singa.
|
60.
|
Anugerah puncak rumahtangga
murni
Kegemilangan puncak anak
suci.
|
Bab 7. Anak Pinak
|
|
61.
|
Tidaklah rahmat lebih murni
Mendapat anak berakal budi.
|
62.
|
Menperolehi anak berbudi
susila
Tidak berbahala hingga
saptajelma.
|
63.
|
Anaklah harta kekayaan
Mubarak
Anugerah daripada pahala
ijmak.
|
64.
|
Bubur dikecahkan tangan
anakanda
Lebih lazat dari santapan
dewata.
|
65.
|
Sentuhan anak menikmatkan
rasa
Saura merdunya menikmatkan
telinga.
|
66.
|
Termerdu suara anak
berbebel
Tidak semerdu serunai gitar
berlebel.
|
67.
|
Tanggungan bapa membimbing
anakanda
Agar bermajlis bersama
ulama.
|
68.
|
Memang bahagia si ayah
murni
Apabila akal anak
tertinggi.
|
69.
|
Ibu kegembiraan melahirkan
anakanda
Kegembiraannya memuncak,
anak berjasa.
|
70.
|
Anak murni memasyhurkan
ayah
Isa baktinya merahmati
abah.
|
Bab 8. Cinta
|
|
71.
|
Mantah palang menegah cinta
Titisan airmata bergenang
ketara.
|
72.
|
Cinta palsu mementingkan
diri
Cinta tulin berbakti
insani.
|
73.
|
Jasad murni nyawa pahala
Maruah hidup harus
diperihara.
|
74.
|
Cinta teras mesra segala
Persahabatan tulin murni
terharga.
|
75.
|
Rahmat mulia pencinta
Mahajana
Seibarat dewa di syurga.
|
76.
|
Cinta condong berteras
warak
Malahan juga gagah semarak.
|
77.
|
Mentari membakar ulat merca
Kejujuran membakar insani
durjana.
|
78.
|
Kalbu pendurjana tanpa
kasihan
Laksana pohon tidak Berdaun
digurun.
|
79.
|
Apatah zahir tanpa cinta
Andai sukma tidak sempurna.
|
80.
|
Inti kehidupan cinta julang
Andai tidak segumpalan
tulang.
|
Bab 9. Penerimaan
Tamu
|
|
81.
|
Teras mendirikan
rumah-tangga bertuah
Kerana menjamu tetamu
peniarah.
|
82.
|
Walau angina keabadian
keperluan
Tetamu harus diberi
keutamaan.
|
83.
|
Tiada bencana menimpa
pemurah
Sering menhormat tetamu
peniarah.
|
84.
|
Menyambut tetamu senyuman
amam
Laksyimi hubah Mubarak
bersemayam.
|
85.
|
Pemurah menjamu senyuman
tetamu
Semaian sawahnya subur
jemuju.
|
86.
|
Melayan tetamu menanti
tetamu
Insan diramati dewata
dirgahayu.
|
87.
|
Sukur dinilai kemesraan
tetamu
Ukuran pengorbanan asas
menjamu.
|
88.
|
Hasil harta bertimbun sesia
Menjamu tetamu segala
kurnia
|
89.
|
Penerimaan tamu unsure
kekayaan
Hanya si dungu tidak
kesedaran.
|
90.
|
Antica layu apabila dicium
Tetamu hampa apabila
dielakki.
|
Bab 10. Kemesraan
Bahasa
|
|
91.
|
Ucapan mesra ucapan jujur
Lemah gemalai lagi mujur.
|
92.
|
Hadiah bernilai tidak
berharga
Ucapan manis pandangan
mesra.
|
93.
|
Pandangan manis sumber hati
Punca kejujuran tempat
jati.
|
94.
|
Sentiasa manis kata
berbuali
Kemiskinan, kedudukan tidak
merapati.
|
95.
|
Kesopanan serta ucapan
mesra
Perhiasan manusia jelas
ketara.
|
96.
|
Fikiran murni kata Mubarak
Dosa luntur kebenaran
memuncak.
|
97.
|
Bernasihat dengan kata
hikmat
Membawa manfaat serta
rahmat.
|
98.
|
Kata-kata tampa remeh-remeh
jiwa
Pahala lumayan akhirat
fana.
|
99.
|
Kata-kata lembut
menggembirakan jiwa
Kata-kata kasar lambing
duka
|
100.
|
Mengapatah menggunakan kata-kata
serkah
Buah-buahan ranum terpilih
mentah
|
No comments:
Post a Comment