Tuesday 1 June 2010

bab 61-70



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 61. Bahaya Kemalasan


601.        
Cahaya abadi zuriat padam
Andai badai kecualasan ancam


602.        
Hindarkan keculasan demi kulawangsa
Wujudkan dasar murni sempurna


603.        
Kemalasan semangat sekejam pembunuh
Keturunan binasa tidak tertumbuh


604.        
Terbenam kemalasan hancurlah kewajipan
Kulawangsa termusnah dek kedurjanaan


605.        
Sifat-sifat penangguhan, pelupaan, kemalasan
Serta kelenaan alat kemusnahaan.


606.        
Pemalas tidak makmur bahagia
Walau mendapat anugerah baginda


607.        
Pemalas sering mencuaikan kewajipan
Sering diumpat celaan cacian


608.        
Andainnya kemalasan berlindungan keluarga
Musuh berdaya berlenggukan segera


609.        
Kesialan keluarga segera reda
Andai kemalasan tersingkir belaka


610.        
Baginda tidak kenal kemalasan
Tahluk Trivikarama baginda kemakmuran


Bab 62.  Ketukunan Berusaha


611.        
Jangan tolak sebarang usaha
Ketekunan membekalkan segala tenaga


612.        
Jangan lalaikan usaha terbengkalai
Dunia tidak memperdulikan pahala


613.        
Berbakti bukti berjiwa besar
Tidak berunduri segala ikhtiar


614.        
Kemurahan hati pemalas rangkang
Seibarat tiang tenaga kebaktian


615.        
Sudi berjasa mencintai kewajipan
Seibarat sida berpendang menentang


616.        
Kerajinan sumber segala kemewahan
Kemalasan Cuma membawa kepapaan


617.        
Dewi Derita bersemayam kemalasan
Dewi Serojo penjelmaan ketekunaan


618.        
Tidak bertuah bukan kecemaran
Menjauhi ketekunan berusaha kehinaan


619.        
Kismat dosa menggendalakan kerezekian
Kerajinan membayar upah ketekunan


620.        
Berusaha terus tanap kekecewaan
Menghalang menggentarkan segala rintangan


Bab 63. Kesebaran Teguh


621.        
Bencana menimpa menyambut gembira
Senyuman mengatasi segala derita


622.        
Malapetaka melaut tenang sendiri
Andai tetap gagah menghadapi


623.        
Tidak menyesal tatkala menderita
Deritaan sendiri akan menderita


624.        
Kerabu merenggut urat menarik
Berusaha kerana rintangan gigik


625.        
Tertimpa bencana tidak kecewa
Bencana sendiri menghadapi bencana


626.        
Tuah menjelang tidak berhati
Masa meleset makan hati


627.        
Badan sasaran penderitaan semata
Jangan khuatiri menghadapi bencana


628.        
Nan tidak mencintai kenikmatan
Tidak merasa pedih kegagalan


629.        
Tidak termegah kejayaan lumayan
Tidak merasa duka kegagalan


630.        
Anggap penderitaan kegembiraan hakiki
Dapat kepujian musuh sendiri


Bab 64. Kementerian Negara


631.        
Bertimbang saksama merancangkan teliti
Paling sesuai menjadi menteri


632.        
Pancarukan menteri ilmu ketabahan
Serta ketekunan, perhatian, kebajikan


633.        
Keterasan menteri pemecahan rana
Memelihara persahabatan bertimbang rasa


634.        
Pertimbangan saksama kebijakan mengurusi
Serta kepastian pedoman menteri


635.        
Kemahiran ilmu, kepitahan lidah
Serta kewaspadaan menteri megah


636.        
Pengetahuan kitab unsur gawa
Bertambah dengan alam semesta


637.        
Sumber ilmiah teras pengetahuan
Berkesan lagi kebijaksanaan pengalaman


638.        
Sumber  ilmiah teras pengetahuan
Berkesan lagi kebijaksanaan pengalaman


639.        
Menteri durhaka merancangkan keruntuhan
Lebih berbahaya musuh reganjutaan


640.        
Tiada ketegasan mengendalikan rancangan
Perlaksanaan bergoyang tidak kesempurnaan


Bab 65. Kefasihan


641.        
Rahmat lidah keanugerahan megah
Sanjungan teragung paling khanah


642.        
Kebahagiaan kehancuran kuasa lidah
Jagalah pertuturan agar mubah


643.        
Kefasihan mulia lembutkan segala
Ucapan mukammal pada orang mahajana


644.        
Pertuturan tepat bernilai tinggi
Kefasihan arif pasti disanjungi


645.        
Ucaplah ucapan kebalan isi
Tidak tersenyapkan atau diteguri


646.        
Budiman berbicara menguasai segala
Tabiat terpuji muliawan jumawa


647.        
Pitah berbicara lambing keberanian
Sukur tertewas dalam perbahasan


648.        
Pertuturan teratur rapi bernas
Perolehi sambutan amat lawas


649.        
Andai tidak berucap sewajar
Bergemar menyuara kata honar


650.        
Kelemahan menyuara hujah kagum
Bunga kembang tidak berharum


Bab 66. Kesucian Perbuatan


651.        
Persahabatan membawa kejayaan sempurna
Kesucian perbuatan matlamat sarwa


652.        
Menjauhi perbuatan honar kejaman
Utamakanlah kebaikan dan kemuliaan


653.        
Nan berhasrat mencapai kejayaan
Jauhkan unsur menodai kemuliaan


654.        
Muliawan tetap perpedomankan startegik
Hindarkan perbuatan hina keji


655.        
Elakkan perbuatan luar pedoman
Andai tersempang berazam keteguhan


656.        
Elakkan sebarang kerja celaan
Walau ibu menderita kebuluran


657.        
Kekayaan hasil cara kejam
Tidak seutama kepapaan budiman


658.        
Perbuatan pantang kesusilaan taala
Berhiba walau berjaya segala


659.        
Kebendaan hasil airmata cabul
Hasil keringat hilang muncul


660.        
Hasil kekayaan penipuan ibarat
Air di kendi lalalat.


Bab 67. Kebolehan Pelaksanaan


661.        
Keazaman berjuang kejayaan keagungan
Keagungan lain tidak setaraan


662.        
Kehindaran bala serta kewaspadaan
Dasar panduan arif budiman


663.        
Rahsia rancangan jangan suara
Andai terbuka gendala menimpa


664.        
Berkata sahaja memang mudah
Kotakan maksud amat gundah


665.        
Tercapai kepujian pekerjaan bijaksana
Perkhidmatan laksana kedaulatan saujana


666.        
Bercita murni citaan keteguhan
Terkabul asalkan penuh kesanggupan


667.        
Hina rupa berdaya megah
Sekecul pasak roda gajah


668.        
Membulatkan fikiran bergoyang jangan
Uruskan cita-cita tanpa lengahan


669.        
Walau menderita uruskan kewajipan
Usahakan hingga tercapai kejayaan


670.        
Tidak kepastian walau keagungan
Sukar mendapat sokongan kesarwajagatan


Bab 68. Perlaksanaan


671.        
Keberesan segala ketetapan urusan
Jangan bertangguh-tangguh pelaksanaan


672.        
Tugas penting tindakan segera
Nan lain kendalikan juga


673.        
Teruskan usaha suasana edaran
Andai terbantut sedikit rintangan


674.        
Tugas terbengkalai laksana musuh
Ibarat api menyala rusuh


675.        
Puncabenda wajib kelengkapan alat
Serta musim, kepakaran tempat


676.        
Beriktihar menghadapi segala rumitan
Lantas menguruskan dengan ketelitian


677.        
Pelajari rashiah seluk inti
Berapat dengan pakar mutaki


678.        
Gunakan gajah menagkap biram
Gunakan perusahaan mencapai saham


679.        
Lembutkan hati bersahabat musuh
Jangan berbudi sahabat seluruh


680.        
Pelemah harus cuba membebaskan
Apabila kesempatan bergabunglah pahlawan


Bab 69. Duta


681.        
Penyayang sikap berbudi bahasa
Baginda kagum duta berbangsa


682.        
Tripetua kesetiaan, pengertian, kepintaran
Teras keagungan unsur kedutaan


683.        
Duta pintar utusan baginda
Pendita di antara pendita


684.        
Akal, pelajaran serta peribadi
Unsur penting duta negeri


685.        
Kejituan lafaz, kefasihan bahasa
Duta manafaat kepada raja


686.        
Ilmu, kegagahan, kefasihan, yakin
Serta naluri duta salatin


687.        
Nan perasaan tepat bertanggungjawab
Duta tergung pengamal sawab


688.        
Duta mulia tegas fikiran
Suci serta lambang kegagahan


689.        
Berfikiran tegas, pertuturan senonoh
Duta layak baginda majoh


690.        
Walau maut mengugut dahsyat
Duta bertanggungjawab meneruskan syarat


Bab 70. Pengadapan Baginda


691.        
Mengadap baginda unggun api
Tidak rapat, tidak jauhi


692.        
Jangan berhasrat sehasrat baginda
Kesayangan baginda menambah jasa


693.        
Kemurkaan baginda kecacatan cela
Sukar mengikis kecurigaan bahaya


694.        
Jangan berbisikdengan muliawan
Jangan tersenyum mesra berhampiran


695.        
Kedengaranjangan memancing pekara
Apabila sampaikan dengarlah rahsia


696.        
Pehitungan pembawaan baginda teliti
Tuturkata manis raja menikmati


697.        
Berucap beradap mengadap baginda
Jangan sekali-kali malampaukan kata


698.        
Berkeluarga atau usia muda
Kemuliaan baginda takzim juga


699.        
Nan peribadian tegak mulia
Tidak keraguan kesayangan baginda


700.        
Bergantung mesra kekariban baginda
Melakukan jua amalan hina

No comments:

Post a Comment