Tuesday 1 June 2010

bab 1-10



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 1. Doa Sealamat


1.      
Alif huruf utama bahasa
Tuhan Esa utama buana.


2.      
Apatah faedah pelajar budiman
Kalau ketepikan petua Tuhan.


3.      
Sembahlah insane murni Illahi
Nikmati inti puspa murni.


4.      
Kalau sentiasa berdoa Esa
Malapetaka tidak akan menimpa.


5.      
Sesiapa yang bersembah setia
Tidak ditimpa marabahaya.


6.      
Elakkan kenikmatan lazat pancaindera
Hidup lama berpedomankan petua.


7.      
Sebatian dengan Maha Kuasa
Terdaya pula singkirkan malapetaka.


8.      
Tuhan merupakan segala dana
Segala-gala keanugerahan Tuhan Esa.


9.      
Sembahlah Tuhan bersakti astakona
Insan pancaindera tunduklah kepala.


10.             
Insan warak sebatian petua
Bersampat menempuh cabaran buana.


Bab 2. Kemulian Hujan


11.             
Demi hujan bumi subur
Nescaya hujan amrita mulur.


12.             
Segala makanan sumbangan hujan
Hujan juga makanan insane.


13.             
Tanpa hujan kebuluran menimpa
Walau wilayah dilingkungi samudera.


14.             
Petani tidak membajak sawah
Andai hujan tidak mencurah.


15.             
Tiada hujan wujud kesengsaraan
Ada hujan wujudlah kesejahteraan.


16.             
Rumput terhenti bertumbuh suburban
Andai mega tidak berhujan.


17.             
Langit menyedut air samudera
Andai tidak tercemar darya.


18.             
Andai langit kekeringan dahsyat
Upacara puja dewa tertamat.


19.             
Kebajikan, pertapaan tidak kekal
Andai langit tidak bekal.


20.             
Tanpa air bumi hampa
Hujanlah punca segala pahala.


Bab 3. Keagungan Penlokan Buana


21.             
Manusia berpedomankan tatatertib suci
Kutub suci menjulang tinggi.


22.             
Mengukurkan keagungan manusia bertapa
Laksana menghitung mendiang segala.


23.             
Menimbang hidup menyingkirkan dunia
Keagungan mereka berseri-seri buana.


24.             
Menguasai pancaindera laksana angkusa
Benih mujizat lading syurga.


25.             
Nan bergagah menguasai pancaindera
Laksana Indra raja sedewa.


26.             
Nan beragung membereskan sukar
Nan lemah tidaklah sandar.


27.             
Muliawan menghargai pancaindera, peraba
Penglihatan, bunyi, bau, citarasa.


28.             
Muliawan aulia sanjungan kesarwajagatan
Kutub suci mangakul kemuliaan.


29.             
Kemurkaan muliawan puncak jabal
Walau sedetik sukar mufasal.


30.             
Brahman harus manusia bernasan
Kerana menyayangi semua kehidupan.


Bab 4. Kemuliaan Kebenaran


31.             
Kebenaran punca kesyurgaan kekayaan
Unsur kebenaran keutamaan kesegalan.


32.             
Kebenaraniah teras segala keutamaan
Malang benar melupakan kebenaran.


33.             
Sering berbakti tanpa reda
Amalkan jasa secara gesa.


34.             
Suci hati firman kebenaran
Segala lain bukan manan.


35.             
Cemburu, tamak, marah, biadap
Unsur menghalang perolehan sawab.


36.             
Amalkan Bakti tanpa tangguh
Kebenaraniah teman hayat seluruh.


37.             
Pembawa pelangki serta penumpang
Tidak kesedari kelintian julang.


38.             
Berbakti tanpa membazirkan masa
Penjelmaan hidup teras jumantara.


39.             
Kerajaan jati terus kesucian
Nikmat lain keabaikan kesedinan.


40.             
Amalan berdasarkansawab bernilai
Amalan tercela harus disangsai.


Bab 5. Penghidupan Kekeluargaan


41.             
Ketua keluarga pelindung utama
Bagi pengamal trihidup petua.


42.             
Pemimpin kerabat-syarik Pitri
Serta risyi nirwana murni.


43.             
Ketua berwajipan pancapetua, kedanaan
Persembahan kesapaan, bantuan pemeliharaan


44.             
Makanan bahagi-bahagikan terus utama
Amalan terpuji lagi kurnia.


45.             
Cinta murni lambing pahala
Sawab rumahtangga adalah sempurna.


46.             
Tugas lengkap demi keluarga
Adalah jasa bakti segala.


47.             
Keselamtan agung kekeluargaan jujur
Sempurnakan segala kewajipan mulur.


48.             
Ketua menuaikan ikrar fardhu
Adalah Wali sanjungan sadhu.


49.             
Sawab hak khusus utama
Berharumlah kekeluargaan dengan sara


50.             
Ketua keluarga lambing kesempurnaan
Laksana dewa sebatian insan


Bab 6. Kebahagian Isteri Juita


51.             
Isteri juita berjimat
Mengurusi Teman terbaik kepada suami.


52.             
Segala rahmat sesia belaka
Andai isteri menyimpang jasa.


53.             
Isteri berharga segala kelengkapan
Isteri curang segala kehampaan.


54.             
Wanita mulia terkukuh maruah
Wanita termegah tanpa mutazilah.


55.             
Isteri berbakti memuja suami
Menerintah awan hujan mencucri.


56.             
Isteri murni memelihara maruah
Mertabat keharuman suami hubah.


57.             
Pengurungan rapi tidak berguna
Pertarakan pengawai terbaik wanita.


58.             
Isteri melahirkan anak dewasa
Tinggi terdaya semegah singa.


59.             
Suami tidak beristeri juita
Tidak terdaya semegah singa.


60.             
Anugerah puncak rumahtangga murni
Kegemilangan puncak anak suci.


Bab 7. Anak Pinak


61.             
Tidaklah rahmat lebih murni
Mendapat anak berakal budi.


62.             
Menperolehi anak berbudi susila
Tidak berbahala hingga saptajelma.


63.             
Anaklah harta kekayaan Mubarak
Anugerah daripada pahala ijmak.


64.             
Bubur dikecahkan tangan anakanda
Lebih lazat dari santapan dewata.


65.             
Sentuhan anak menikmatkan rasa
Saura merdunya menikmatkan telinga.


66.             
Termerdu suara anak berbebel
Tidak semerdu serunai gitar berlebel.


67.             
Tanggungan bapa membimbing anakanda
Agar bermajlis bersama ulama.


68.             
Memang bahagia si ayah murni
Apabila akal anak tertinggi.


69.             
Ibu kegembiraan melahirkan anakanda
Kegembiraannya memuncak, anak berjasa.


70.             
Anak murni memasyhurkan ayah
Isa baktinya merahmati abah.


Bab 8. Cinta


71.             
Mantah palang menegah cinta
Titisan airmata bergenang ketara.


72.             
Cinta palsu mementingkan diri
Cinta tulin berbakti insani.


73.             
Jasad murni nyawa pahala
Maruah hidup harus diperihara.


74.             
Cinta teras mesra segala
Persahabatan tulin murni terharga.


75.             
Rahmat mulia pencinta Mahajana
Seibarat dewa di syurga.


76.             
Cinta condong berteras warak
Malahan juga gagah semarak.


77.             
Mentari membakar ulat merca
Kejujuran membakar insani durjana.


78.             
Kalbu pendurjana tanpa kasihan
Laksana pohon tidak Berdaun digurun.


79.             
Apatah zahir tanpa cinta
Andai sukma tidak sempurna.


80.             
Inti kehidupan cinta julang
Andai tidak segumpalan tulang.


Bab 9. Penerimaan Tamu


81.             
Teras mendirikan rumah-tangga bertuah
Kerana menjamu tetamu peniarah.


82.             
Walau angina keabadian keperluan
Tetamu harus diberi keutamaan.


83.             
Tiada bencana menimpa pemurah
Sering menhormat tetamu peniarah.


84.             
Menyambut tetamu senyuman amam
Laksyimi hubah Mubarak bersemayam.


85.             
Pemurah menjamu senyuman tetamu
Semaian sawahnya subur jemuju.


86.             
Melayan tetamu menanti tetamu
Insan diramati dewata dirgahayu.


87.             
Sukur dinilai kemesraan tetamu
Ukuran pengorbanan asas menjamu.


88.             
Hasil harta bertimbun sesia
Menjamu tetamu segala kurnia


89.             
Penerimaan tamu unsure kekayaan
Hanya si dungu tidak kesedaran.


90.             
Antica layu apabila dicium
Tetamu hampa apabila dielakki.


Bab 10. Kemesraan Bahasa


91.             
Ucapan mesra ucapan jujur
Lemah gemalai lagi mujur.


92.             
Hadiah bernilai tidak berharga
Ucapan manis pandangan mesra.


93.             
Pandangan manis sumber hati
Punca kejujuran tempat jati.


94.             
Sentiasa manis kata berbuali
Kemiskinan, kedudukan tidak merapati.


95.             
Kesopanan serta ucapan mesra
Perhiasan manusia jelas ketara.


96.             
Fikiran murni kata Mubarak
Dosa luntur kebenaran memuncak.


97.             
Bernasihat dengan kata hikmat
Membawa manfaat serta rahmat.


98.             
Kata-kata tampa remeh-remeh jiwa
Pahala lumayan akhirat fana.


99.             
Kata-kata lembut menggembirakan jiwa
Kata-kata kasar lambing duka


100.        
Mengapatah menggunakan kata-kata serkah
Buah-buahan ranum terpilih mentah

No comments:

Post a Comment