Tuesday 1 June 2010

bab 51-60



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 51. Menguji Kesawahan


501.        
Dana, riang nyawa, kebendaan
Keempat-empat inilah neraca kewarasan.


502.        
Nan memelihara mertabat keluarga
Patut dijadikan sahabat mesra.


503.        
Kajian kitab ilmiah bukati
Kejahilan tidak disingkiri


504.        
Keperibadian sahabat wajib di halusi
Sebelum dengan mesra merapati


505.        
Keutuhan peribadian ketara jelas
Melalui terlatah nan paras


506.        
Rapatilah keluarga mara tulin
Nan lain menyebabkan talking


507.        
Segala ilmu harus diperolehi
Segala kejahilan lantas lesapi


508.        
Jangan amati insan teliti
Zuriatnya pasti akan memeranjati


509.        
Jangan percaya dengan lantas
Setelah percaya kukuhkanlah tegas


510.        
Persahabatan kilat, putus rodong
Membawa kecelakaan amat murung


Bab 52.  Pemilihan Kebakatan


511.        
Amat-amatilah memilih bakat
Agar tugasnya paling tepat.


512.        
Muliawan berbakat bijak selenggara
Layak menguruskan pentadbiran Negara


513.        
Cendekiawan penyayang wasik murni
Layak mentadbir sawab negeri


514.        
Ramai mangatasi setiap ujian
Menyimpang tugas ketika amalan


515.        
Pengetahuan keahilan serta pengusahaan
Harus wahid ukuran pemilihan


516.        
Pilih pengawal layak sempurna
Suruh bertugas tepat masa


517.        
Pastikan kesanggupan bakal pegawal
Baru menyerahkan tanggungan sesuai


518.        
Setelah melantik pegawai berbakat
Tanpa tamyiz naikkan pangkat


519.        
Andai mensyaki kejujuran pegawai
Majikan hilang tuah pawai


520.        
Raja harus mengawasi segala-gala
Agar pegawai berpedomankan fatwas


Bab 53.


521.        
Perhubungan hubah semasa bencana
Ketara di kalangan keluarga


522.        
Andai direst keluarga budiman
Tuah berkembang secara lumayan


523.        
Tidak bergaul mesra keluarga
Laksana air kolam sesia


524.        
Perolehan harat demi keluarga
Inilah tujuan kekayaan semata


525.        
Lidah manis tanagan murah
Keluarga berganding bahu musyarafah


526.        
Murah hati tiada marah
Sayangi benar kuluarga hubah


527.        
Gagak makan bersama rakan
Bersifat demikian kekallah kekayaan


528.        
Raja tamyiz pangkat muhtasyam
Supaya ramai berpeluang mulham


529.        
Kerenggangan saudara sebab kedinginan
Pasti bercantum semula kemesraan


530.        
Terputus hubungan kembali pula
Terimalah tetapi berhati-hatilah kutaha


Bab 54. Bahaya Kelalaian


531.        
Kelalaian hasil mabuk kepuasan
Terburuk dari bernyalaan kermarahan


532.        
Rasa kesejahteraan palsu kehampaan
Laksana kemiskinan memusnahkan pengertian


533.        
Ditimpa waspada keraguan gejala
Keagungan tidak terjalin mereka


534.        
Andai pengecut kubu hampa
Andai lalai kekayaan sesia


535.        
Bahaya tidak menyiapkan rancangan
Bencana menyerbu terkutuk kelalaian


536.        
Kelalaian gejala memang keburukan
Unsur ini tiada perbandingan


537.        
Nan sentiasa sedar keyakinan
Seringkali berhati-hati dalam pekerjaan


538.        
Berwajib uruskan segala tanggungan
Andai tidaka saptajelma kehampaan


539.        
Jangan berasa angkuh bangga
Kenagkan bencana kealpaan murba


540.        
Mudah mencapai hasrat cita-cita
Asalkan terdorong keazaman nyata


Bab 55. Pemerintahan Adil


541.        
Timbangan saksama kepatuhan kehukuman
Cara sewajar melaksanakan keadilan


542.        
Sedunia mengadah hujan berkat
Cokmar raha sokongan kewasikan


543.        
Ilmu Brahman serta wejangan
Cokmar raja sokongan kewasikan


544.        
Raja adil memerintah rakyat
Kedualatan beginda disanjung berkat


545.        
Negeri diperintah raja ikram
Hujan bermusim penuaian serengam


546.        
Keagungan raja bukanlah tombak
Cokmar rahalah lambang mubarak


547.        
Raja pelindung segala rakyat
Cokmar rajalah takrim syarat


548.        
Raja mutazilah tidak keadilan
Singgahsana tumpas tanpa serangan


549.        
Raja mangadil padat rakyat
Kewajipan baginda dianggap bayat


550.        
Meghukum pendurjana hukuman mati
Laksana membajak sawah padi


Bab 56. Kezaliman


551.        
Raja menganiayai rakyat seluruh
Lebih kejam daripada pembunuh


552.        
Raja merampas tanpa setara
Laksana perompak menyekat pengembara


553.        
Raja menyeleweng segala pentadbiran
Kedualatan baginda lenyap beransuran


554.        
Raja lalai memelihara keadilan
Kehilangan kerajaan serta kedaulatan


555.        
Aimata rakyat nan teraniaya
Seakan angkatan menghantar negara


556.        
Pemerintahan adil membawa keharuman
Pemerintahan kejam menghitamkan kegemilangan


557.        
Muramnya bumi tanpa hujan
Raja kejam rakyat beban


558.        
Pemerintahan kejam raja kejam
Lebih getir daripada kepapaan


559.        
Andai raja terpesong keadilan
Langit tidak mencurahkan hujan


560.        
Andai raja mencemarkan keadilan
Susu kekeringan veda kehilangan


Bab 57. Menjauhi Keganasan


561.        
Raja bertimbang kesalahan teliti
Jatuhkan hukuman dengan berhati


562.        
Menghayun rotan setinggi-tinggi murka
Andai selembut kuasa terpa


563.        
Raja memerintah secara angkara
Pasti benar binasa negara


564.        
Raja kekejaman dibenci rakyat
Kehilangan kedualatan takhta sengkat


565.        
Raja berwajah ngeri tahana
Laksana khazanah dijagai raksaksa


566.        
Raja zalim tidak mengampuni
Kemewahannya lekas musnah hancuri


567.        
Raja manjatuhkan hukuman berlebihan
Laksana kikis besi kekuasaan


568.        
Raja meradang ketepikan menteri
Kemewahannya pasti susut merosoti


569.        
Raja tidak memperdulikan kubu
Mudah diserbu lenyap meluru


570.        
Raja zalim merapati kejahilan
Dunia merintih sayu bebanan


Bab 58.


571.        
Keindahan kedaulatan teras tunjang
Dunia ini berkekalan panjang


572.        
Alam bergerak akibat kedaulatan
Kalau tidak tanggungjawab kemusnahan


573.        
Laksana irama lagu kucar
Mata sesia lalai lancar


574.        
Apatah faedah mata lapuk
Hanya kelihatan tidak pupuk


575.        
Tugas mata teras undang
Kalau tidak mata pekung


576.        
Kecuaian lambamg mata keadilan
Ibarat daun kayu kekeringan


577.        
Sesiapa kurangi perhatian buta
Nan bermata nilaikan mata


578.        
Bermata-mata agar tugas maju
Mereka menjadi pemilik teraju


579.        
Uruskan segala dengan padat
Melampaui jangan andai melarat


580.        
Insan gila-gilaan peradaban tinggi
Makanan berbisa juga menikmati


Bab 59. Pengintaian


581.        
Susunan undang-undang pasukan perisik
Laksana mata baginda wasik


582.        
Raja mengetahul segara segala
Tugas utama baginda adiwangsa


583.        
Raja kejahilan peristiwa sekeliling
Penaklukannya terancam serta terguling


584.        
Raja adil melantik pengintai
Terselamat rakyat seisi pawai


585.        
Perisik gagah tidak gentar
Menjaga ketat rahsia besar


586.        
Perisik menyamar zahid menyelidik
Rahsia


587.        
Bijak menarik rahsia musuh
Layak manjadi perisik seluruh


588.        
Maklumat perisik harus diuji
Dengan maklumat lain jeruji


589.        
Andai tiga perisik sama
Maklumat benar boleh diterima


590.        
Jangan hebahkan jasa perisik
Anugerahan rasmi, rahsia jijik.


Bab 60. Keazaman


591.        
Mempunyai keazaman dianggap mulia
Andainya tidak dinista kenja


592.        
Keazaman sahaja keibaratan kekayaan
Kerana kebendaan tidak berkekalan


593.        
Tidak pernah putus ikhtiar
Dewate rezeki berdamping baur


594.        
Tidak pernah putus ikhtiar
Dewata rezeki berdamping baur


595.        
Air pengukur kesuburan bunga
Semangat pengukukur kecemeriangan manusia


596.        
Biarian bercita-cita mulia mahar
Merosot, kegemilangan tidak pudar


597.        
Gajah tertembusi panah menghentak
Andai bersemangat gagah menyenta


598.        
Nan tidak keazaman hampa
Kemuliaan anugerah melimpah maya


599.        
Gajah besar bergading tajam
Harimau menerkan gementar terancam


600.        
Semangat berapi-api lambang kekuatan
Nan tidak batang perpohonan

No comments:

Post a Comment