Tuesday 1 June 2010

bab 39-50



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 39. Sifat-sifat Baginda


381.        
Baginda  sessinga, bermenteri, tentera
Rakyat, kawan, kubu, harta.


382.        
Empat keutamaan baginda keberanian
Serta semangat dermawan, kebijaksanaan


383.        
Petua pemerintah tiga kemuliaan
Kewaspaan, pengetahuan serta kecepatan


384.        
Baginda mulia kemurnian lambing
Menjaga kehormatan serta undang-undang


385.        
Baginda  budiman merancang belanjawan
Serta arif pula menyebarkan


386.        
Baginda mesra manis bahasa
Negaranya dipuji umat dunia.


387.        
Baginda beranugerahan berpedomankan cinta
Kemasyhuranya lumayan, seringkali perkasa.


388.        
Adil serta lambing perlindungan
Banginda dianggap sedewa insan.


389.        
Baginda sabar menerima bidasan
Paying naungan baginda bersanjungan.


390.        
Baginda  dermawan adil saksama
Serta berbudi, raja tercahaya.


Bab 40. Ilmu


391.        
Pelajarilah teliti ilmu sewajar
Sering sesuiakan juga sejajar.


392.        
Makluk hidup bermata dua
Begitulah huruf dan angka.


393.        
Nan berilmu sahaja bermata
Lain berkudis dikepala.


394.        
Bergembira menatap wajah cendiakawan
Berasa pilu tatkala perpisahan.


395.        
Merendah menuntut ilmu segala-gala
Menolak ilmu paling hina.


396.        
Ilmu seumpama telaga pasir
Makin digali bertumpah alir.


397.        
Nan berlimu sedunia berkat
Kenapa tidak menuntu sehayat.


398.        
Ilmu perolehi tetap mulia
Memang sehingga titisan saptajelma.


399.        
Ilmu unsure keta keriangan
Terus berusaha menambahkan pengetahuan.


400.        
Ilmu khazanah kekal sempurna
Harta lain tidak berharga.


Bab 41. Ketiadaan ilmu


401.        
Menaiki mimbar tanpa pengetahuan
Memain dadu tanpa papan.


402.        
Tanpa ilmu berigak saraf
Ibarat wanita tanpa saraf


403.        
Sibodoh jahil dianggap mukaran
Bertenang tidak berbicara dalam


404.        
Walau tidak terpelajar pintar
Fikirkannya tidak begitu mekar


405.        
Tidak berilmu beranggap bijaksana
Tersinggung apabila sahaja berbicara


406.        
Tiada berlimu laksan mati
Seibarat tanah tandus saki.


407.        
Keindahan nan tidak berpengetahuan
Seibarat patung tanah kehampaan


408.        
Getir kemiskinan tanpa ilmu
Lebih buruk perolehi si dungu


409.        
Si dungu kalangan atasan keji
Cendiakawan kalangan bawahan puji.


410.        
Orang berpengetahuan unsur insan
Tanpa ilmu unsur haiwan.


Bab 42. Nasihat muliawan


411.        
Khazanah paling berhargatelinga
Nescaya kemuncak kekayaan harta.


412.        
Utamakan santapan sewajar telinga
Makana perut tidak lah setara


413.        
Nan mengikuti sawab telinga
Laksana dewa di buana.


414.        
Andai jahil petua muktabar
Segala kesulitan lenyap lenyap bubar.


415.        
Nasib muliawan ibarat tongkat
Penghindar daripada gelinciran dashyat


416.        
Dengar lah sebarang kata-kata baik
Nescaya kemulian bertambah naik.


417.        
Mengumpul ajaran-ajaran arif bijaksana
Walau kesilapan tidak bicara.


418.        
Tulilah telinga ketepikan ajaran
Walau telinga tidak kepekaan.


419.        
Kata-kata hikmat halus pahala
Berbicaralah secara rendah nirmala.


420.        
Merasa lidah tidak telinga
Apatah faedah hayat semata.


Bab 43. Kepunyaan Ilmu


421.        
Pengertian besi sakti kebelan
Kubu kukuh menyerang permusuhan


422.        
Pengertian beriktiar menahan pancaindera
Menghindarkan segala kejahatan hina


423.        
Sebaran apa nan kedengaran
Ketahuilah benar daripada penhujahan


424.        
Jelaskan dengan cara terang
Fahami teras ucapan orang


425.        
Orang bijaksana teman seumat
Hatinya sederhana tiada hebat


426.        
Sesuaikan diri dengan bijaksana
Seimbang dengan gelagat buana


427.        
Pengertian mendalam mengetahui segala
Sebijak gentar terhadap dusta.


428.        
Si dungu menerkam tuli bahaya
Si bijak gentar terhadap dusta


429.        
Bersedia menghadapi segala bencana
Tidak menggoncang hati bahaya


430.        
Perolehi pengertian mempunyai segala-gala
Si dungu lengkap tidak berada.


Bab 44. Memperbaiki Kesilapan


431.        
Tanpa keangkuhan kemarahn nafsu
Kemuliaan menghiasi kekayaan juru.


432.        
Kebakhilan, keegoan serta keriangan
Tiga kecacatan baginda budiman


433.        
Kecacatan sekecil biji jelai
Seimbang sebesar palmira jemarai


434.        
Lindungilah diri daripada kelemahan
Andai tidak mangsa kebinasaan


435.        
Tidak bersedia menghadapi belar
Musnah laksana kerami terbakar


436.        
Bernasihat tanpa kecatan diri
Nescaya keburukan tidak menghadapi


437.        
Si bahkil membelanjakan sesia semata
Hartanya musnah tercemar hina


438.        
Kebahkilan memang kehinaan terkeji
Merupakan golongan nan sendiri


439.        
Elakkan mengkagumi diri sendiri
Hanya usahakan tugas bakti


440.        
Terdaya sembunyikan hasrat segala
Gerak langkah seteru sesia.


Bab 45. Persahabatan Muliawan


441.        
Hormatilah dewasa berpedomankan kebenaran
Berusahalah mencapai persahabatan budiman.


442.        
Bersahabat dengan muliawan pelindung
Agar kecelakaan tertimpa lengung


443.        
Memperolehi kesetian muliawan mustajab
Laksana tuah paling ajaib


444.        
Andai muliawan menjadi rakan
Kausanya hebat tiada bandingan


445.        
Mata dunia penasihat jabar
Baginda perlu sahabat kahar


446.        
Pergaulan muliawan sebagai rakan
Musuh tidak terdaya lawan


447.        
Baginda bermenteri terus terang
Musuh tidak bertenaga menyerang


448.        
Baginda enggan menerima teguran
Tanpa musuh akan berhancuran


449.        
Tidak laba tanpa modal
Keteguhan hasil muliawan azal


450.        
Singkirkan persahatan muliawan kebodohan
Sedasa bencana menolah kesyarikan.


Bab 46. Menjauhi Pergaulan Dusta


451.        
Muliawan khuatirkan pergaulan penghina
Seolah mencemarkan sanak saudara


452.        
Air terpengaruh tanah pengaliran,
Perkumpulan mengaruhi keperibadian insan.


453.        
Daya pengertian teras pengetahuan,
Mertabat murni teras pergaulan


454.        
Kebijaksanaan insan bersumberan otak
Sumber utama teman segak


455.        
Kesucian hati sumber amalan,
Samping juga teman pergaulan


456.        
Kesucian tanda turunan mulia
Bahagia berdamping insan aulia.


457.        
Kesucian hati khazanah insan,
Pergaulan murni sumber kemuliaan.


458.        
Muliawan menganugerahkan segata kemuliaan
Pergaulan penjasa menara kekuatan


459.        
Kemuliaan membimbing ke syurga
Pergaulan murni mencapai sarwa


460.        
Pergaulan baik tanda kemegahan,
Pergaulan keji tanda kecelakaan.


Bab 47. Penimbangan Saksama


461.        
Timbangan secara teliti perusaan
Ketahui susut sebelum perlaksanaan


462.        
Berunding mengambil tindakan adil
Tidak pasti berhasil mustahil


463.        
Perusahaan cerah memusnahkan modal
Mengusahakanya sifat tidak halal


464.        
Nan takutkan ejekan insan
Elakkan perusahaan tanpa pertimbangan


465.        
Melancarkan yuda tanpa rancangan
Musuh bersempat memperolehi kekuatan


466.        
Perbuatan tugas penyimpang petaka
Tidak tunaikan tugas jentaka


467.        
Timbang berhati-hati sebelum bertindak
Timbang memudian tindakan rahak


468.        
Menyelenggarakan tugas tanpa sempurna
Walau terbantu usaha sesia


469.        
Mengamalkan kebajikan menyimpang keperluan
Jasa bakti dinodai kecemaran


470.        
Berhati elakkan cacat cela
Jagat mengeji bertunduk hina


Bab 48. Kekuatan Ilmu


471.        
Timbankan segala gerakan udu,
Baru menyerang secara terburu


472.        
Sedarkan kekusaan melangkah bertenaga
Serangan pasti benar berjaya


473.        
Harapan berapi-api salah taksir
Perjuangan ramai lusuh singkir


474.        
Tidak bertimbang serta kebongkakan
Pasti cepat ditimpah kemusnahan


475.        
Banyak muatan bulu merah
Patahkan gander roda gerobak


476.        
Terpanjat ke puncak pokok
Memanjat lagi nyawa sondok


477.        
Seringkala imbang saksama harta,
Cara sewajar memilihara benda


478.        
Walau sumber pendatapan tersempit
Andai mengatasi kemusnahan terhimpit


479.        
Batasan perbelanjaan tidak hiraukan,
Rupanya mewah, buruk kesan


480.        
Tidak mengirakan kadar kekayaan
Andai menghamburkan seharta beterbangan


Bab 49. Kesesuian Waktu


481.        
Kesingan gagak tewas pungguk,
Kesesuian waktu menyerang lungguk.


482.        
Mengikut jejak langkah waktu,
Tali sakti dewi jitu.


483.        
Andai mulakan perusahaan tepat,
Dengan sewajar berjaya musilat


484.        
Andai tepat waktu berusaha,
Boleh menakluki seluruh buana.


485.        
Nan sungguh-sungguh berazam tercapai,
Tidak gentar terburu-buru kumai


486.        
Domba jantan berundur menerkam
Begini penahan penyerang gerham


487.        
Cendiakawan tidak segara larat
Kemarahan tertahan sehingga padat


488.        
Musuh tergagah, tunduk sahaja
Serang sewaktu muluntur kuasa


489.        
Peluang terbaik jangan terlepas
Cubulah memperolehi segala-gala berkas


490.        
Pura-pura laksana bangau berairan
Tiba kesempatan sekilat sambaran.

Bab 50. Pemilihan Tempat Tepat


491.        
Tentukan sasaran sebleum sebuan
Setelah selidiki amalkan serangan


492.        
Kubu adalah paling penting
Tempat berkubu gagah lengking


493.        
Nan lemah boleh berjaya
Andai serangan tepat sedaya


494.        
Rancangan musah terbengkalai kelak
Dengan stragiji bijak malak


495.        
Buaya di air mughayat
Di darat lemah musibat


496.        
Rata tidak landasan  segara
Tanah tidak landasan fusta


497.        
Merancangkan segala secara jitu
Penyerbuan padat keberanian mutu


498.        
Raja lemah tentera gagah
Serangan tepat muncul megah


499.        
Sulit mengalah musuh tempatan
Walau tidak beralat pertahanan


500.        
Biram gagah bersura perkara
Terpijak paya dibinasai serigala.

No comments:

Post a Comment